Monday, September 22, 2008

Saya Budak Malaysia

Minggu ni' manyak sibuk.




Ini gambar random untuk memuaskan pembaca saya yang amat terhad. Sebagai prekausi(wtf) jika rindu saya terlalu banyak. Ambik di Sky Bar, KL.

Tempat yang cantik sekali tetapi dalam pendapat saya terlalu panas tak tau kenapa. Sepatutnya ada penghawa dingin lagi best. Saya amat gembira kerana 'penghawa dingin' adalah perkataan yang sangat canggih dan saya telah menggunakannya dengan sesuai sekali.

Oh Tuhan, kenapa Bahasa saya teruk sangat? Ianya bukannya seteruk ni dulu saya pasti. Ini adalah kerana saya dapat A untuk BM SPM. Saya sangat sombong, saya tahu. Biar la.

Saya tak perasan BM saya telah .. downgrade dengan begitu banyak. Oleh itu, saya amat curiga apakah kualiti atau tahap BM kawan-kawan saya yang lain.

Oleh demikian(wow), saya akan cipta satu "TAG" untuk kawan-kawan saya yang berblog/mengeblog.

TAG ni menyuruhkan kamu semua, kawan-kawan saya yang dihormati, supaya berblog/mengeblog post kamu yang seterusnya dengan menggunakan seratus-peratus Bahasa Malaysia sahaja.

Saya "TAG":-
1. Semua orang yang sedang baca post ni. Jikalau masih baca la. :/


Semoga Berjaya!

Sehingga berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.


-alexeO-

No comments: